*Tertakluk kepada FI PENGURUSAN
carian cawangan

Carian status cawangan yang menawarkan perkhidmatan e-Bayar

KADAR FI PENGURUSAN e-Bayar
FPX

RM1.00
PER TRANSAKSI

KAD DEBIT

1.5%
PER TRANSAKSI

KAD KREDIT

1.5%
PER TRANSAKSI

Soalan Lazim

1. Siapakah yang boleh menggunakan perkhidmatan e-Bayar ?

e-Bayar terbuka kepada semua pelanggan Ar-Rahnu X’Change yang mempunyai pembiayaan yang masih aktif.

2. Apakah tujuan perkhidmatan e-Bayar?

Tujuan pembayaran adalah bagi kutipan bayaran balik keuntungan dan pembiayaan.

3. Berapakah kadar bayaran minimum/maksimum untuk menggunakan perkhidmatan e-Bayar?

Jumlah bayaran minimum adalah RM10.00 manakala jumlah bayaran maksimum bergantung kepada jumlah yang terdapat di dalam sistem.

4. Bolehkah saya membuat pembayaran penuh untuk penebusan pembiayaan?

TIDAK. Pelanggan harus meninggalkan baki pembiayaan sebanyak RM10.00 dan perlu hadir ke cawangan yang berkenaan bagi meneruskan proses penebusan.

5. Bolehkah saya membuat pembayaran pada bila-bila masa?

BOLEH. Perkhidmatan pembayaran balik pembiayaan & keuntungan melalui e-Bayar beroperasi 22 jam sehari (2.00pg – 12.00 tgh malam). Walaubagaimanapun, khidmat sokongan pelanggan hanya beroperasi pada setiap hari Isnin – Jumaat (7.00 pagi – 12.00 tengah malam)

6. Apakah pautan/capaian e-Bayar?

Pelanggan boleh melayari pautan : https://ebayar.arrahnuxchange.com.my

7. Berapakah caj yang dikenakan untuk setiap transaksi pembayaran?

Berikut adalah fi pengurusan yang dikenakan kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan e-Bayar:

a) FPX – RM1 / transaksi
b) Kad Debit Tempatan – 1.5%/transaksi
c) Kad Kredit Tempatan – 1.5%/transaksi

8. Apakah tindakan / langkah yang perlu dilakukan sekiranya laman e-Bayar tidak memberi respon semasa membuat proses bayaran dan akaun bank TIDAK ditolak?

Sila hubungi khidmat pelanggan di talian :

+603 – 8605 3357 atau email khidmat pelanggan di support@kiplepay.com

Walaubagaimanapun, khidmat sokongan pelanggan hanya beroperasi pada setiap hari Isnin – Jumaat (7.00 pagi – 12.00 tengah malam)

9. Apakah tindakan / langkah yang perlu dilakukan sekiranya laman e-Bayar tidak memberi respon semasa membuat proses bayaran tetapi akaun bank TELAH ditolak dan resit tidak dipamerkan?

Sila hubungi khidmat pelanggan di talian :

+603 – 8605 3357 atau email khidmat pelanggan di support@kiplepay.com

Walaubagaimanapun, khidmat sokongan pelanggan hanya beroperasi pada setiap hari Isnin – Jumaat (7.00 pagi – 12.00 tengah malam)

10. Apakah tindakan / langkah yang perlu dilakukan sekiranya pembayaran telah berjaya tetapi resit tidak dipamerkan dan tiada rekod bayaran?

Sila hubungi khidmat pelanggan di talian :

+603 – 8605 3357 atau email khidmat pelanggan di support@kiplepay.com

Walaubagaimanapun, khidmat sokongan pelanggan hanya beroperasi pada setiap hari Isnin – Jumaat (7.00 pagi – 12.00 tengah malam)

© 2023 Rakyat Management Services Sdn Bhd